Monday, December 14, 2009

BOSS



Rak Buku Di BOSS

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN...SPBT


MotTo

CEPAT, CEKAP, BERINTEGRITI

VISI

MEMACU PENGURUSAN SPBT SEKOLAH DAN BILIK BOSS MENJADI JUARA PERINGKAT KEBANGSAAN MENJELANG TAHUN 2010

MISI

BERTANGGUNGJAWAB PRIHATIN DAN BERDEDIKASI TERHADAP PENGURUSAN SPBT BAGI MENJAMIN KECEMERLANGAN ILMU


Piagam pelanggan spbt

Kami warga Unit SPBT dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-

· Memastikan setiap pelajar yang layak mendapat buku SPBT dengan buku-buku yang cukup dan elok keadaan fizikalnya.

· Memastikan bekalan buku SPBT mencukupi bagi memenuhi keperluan pelajar

· Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam bilik SPBT dijaga dengan baik

· Mengagihkan buku SPBT kepada pelajar tanpa berlengah suoaya pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas

· Memastikan semua urusan SPBT dengan Jabatan/ Kementerian disempurnakan dalam tempoh yang ditentukan.

· Sentiasa peka dengan maklumat SPBT

· Melayan pertanyaan atau permohonan ibubapa/ penjaga dengan penuh tanggungjawab


MATLAMAT

Memastikan semua murid warganegara Malaysia di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SMAR menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT

OBJEKTIF

-Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
- Memastikan murid warganegara Malaysia menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula.

DASAR KELAYAKAN SPBT 100%

Pada 7 September 2007,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan, dan SMAR berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 ( rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007-lampiran 1 )

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

" MENGURUS DAN MELAKSANA SPBT SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA"

PERSONEL DALAM SPBT

- PENGETUA
- GURU PENOLONG KANAN HEM
- GURU SPBT
- GURU KELAS
- MURID
- IBUBAPA

PERANAN PENGETUA DALAM SPBT

* Pemegang akauntabiliti.
* Pelaksana dasar.
* Menyediakan kemudahan.
* Menubuhkan Jawatankuasa SPBT sekolah.
* Bertanggungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan data SPBT.
* Melantik guru SPBT.
* Menyampaikan maklumat SPBT terkini.
* Memastikan BMM ( bahagian C ) diproses.
* Menerima bekalan buku SPBT dan menandatangani SAP/Invois?Nota serahan.
* Menyediakan cap " diterima dengan syarat ianya akan disahkan kemudian secara diperiksa,dikira,diukur,ditimbang atau diuji"
* Memastikan SAP/INVOIS/Nota serahan dikembalikan.
* Mengeluarkan surat penurunan kuasa.
* Pelupusan buku teks SPBt dibuat.
* Bertanggungjawab terhadap teguran.
* Berkerjasama dengan JAIN/PPAD.
* Penubuhan kelab SPBT.
* Penubuhan pengawas SPBT.
* Penggunaan buku teks SPBT digunakan secara optimum.
* Menyemak dan mengesahkan buku stok SPBT.
* Menyediakan kemudahan ICT untuk sistekbbt dan eMATEKS.
* Pelaksanaan sisteks dan EMATEKS di sekolah.
* Data murid dalam BMM dikemaskini.

PERANAN GURU PENOLONG KANAN HEM DALAM SPBT

- melaksana semua arahan berkaitan dengan Spbt.
- merancang pengurusan SPBT di sekolah.
- menyedia dan mematuhi takwim SPBT.
- menyedia dan menyimpan maklumat SPBT.
- proses kelulusan kelayakan pinjaman SPBT.
- AJK Pengurusan SPBT.
- menghadiri taklimat / kursus.
- memastikan semua data SPBT tepat dan sahih.
- menerima bekalan buku teks SPBT dan menandatangani SAP / Invois / Nota serahan.
- menyemak buku stok SPBT.
- menjalankan pemeriksaan fizikal buku teks SPBT.
- melaporkan lebihan dan kekurangan buku teks SPBT.
- memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat.
- melaporkan kepada Pengetua jika terdapat masalah SPBT.
- tindakan susulan terhadap aduan/teguran.
- memberi taklimat dasar SPBT.
- memastikan pelaksanaan sisteksbbt dan eMATEKS.

PERANAN GURU SPBT DALAM SPBT

* bertanggungjawab terus terhadap pelaksanaan.
* menghayati, melaksana, mematuhi semua arahan SPBT.
* mengurus bilik BOSS.
* menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT.
* mendapatkan data enrolmen murid.
* menyelaras dan mengumpul BMM ( bahagian C ).
* memaklumkan murid tidak layak kepada ibubapa.
* menyelaras pengangihan dan pemulangan buku teks SPBT.
* mengedarkan surat akujanji penjagaan buku teks SPBT.
* mengurus dan mengemaskini fail dan stok SPBT.
* menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT.
* menandatangani SAP/Invois/Nota serahan.
* mengurus penggantian buku teks SPBT yang rosak.
* membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT.
* memastikan buku teks telah dicap.
* mengurus pelupusan buku teks SPBT.
* Setiausaha AJK SPBT dan AJK JKBMS.
* merancang dan mengurus baikpulih buku teks SPBT.
* penasihat kelab SPBT.
* menubuh dan mendaftar kelab SPBT.
* membimbing aktiviti kelab SPBT.
* melaksanakan penggunaan sisteksbbt dan eMATEKS.
* melaporkan kepada GPK HEM sebarang masaalah yang timbul.


PERANAN GURU KELAS DALAM SPBT

= bekerjasama dengan guru SPBT.
= AJK pengurusan SPBT sekolah.
= mengumpul,menyemak bahagian C borang Maklumat Murid (BMM)
= menyediakan senarai murid layak dan yang tidak layak.
= memaklumkan keputusan kelayakan pinjaman kepada ibu bapa.
= mengagih dan mengumpul semula buku teks SPBT.
= mengisi borang SPBT G - pinjaman dan pemulangan.
=memastikan butiran murid lengkap pada cap SPBT dalam buku teks SPBT.
= memastikan penggantian buku teks hilang.
= memaklumkan peraturan pinjaman buku teks SPBT.
= membantu pelaksanaan sisteksbbt.

PERANAN MURID DALAM SPBT

% menghargai sumbangan kerajaan.
% mengisi maklumat diri peminjam yang lengkap pada kulit buku teks SPBT.
% sikap bertanggungjawab dengan:
1) balut buku.
2) kebersihan dan keselamatan buku.
3) memulangkan buku teks pinjaman.
4) ganti buku teks hilang.
% digalakkan menjadi ahli kelab SPBT.
% mengikuti setiap aktiviti kelab SPBT.
% mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab SPBT.
% mengetahui dan menyedari kepentingan sisteks dan eMATEKS di sekolah.

bahasa arab tingkatan 4 - 2011

bahasa arab tingkatan 4 - 2011

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS 2010

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS 2010

JUMLAH PELAJAR

JUMLAH PELAJAR

CONTOH SURAT AKU JANJI SMA BUGISIAH 2010

SPBT

SMA BUGISIAH TAMPOK

____________________________________________________________________________

SURAT AKUAN PENERIMAAN BUKU TEKS SPBT

Saya …………………………………………………. dari kelas ………………, dengan ini mengaku telah menerima buku sebanyak …… naskhah daripada pihak SPBT sekolah seperti senarai di bawah :

BIL

JUDUL BUKU

NO PEROLEHAN

CATATAN

1

BAHASA MELAYU TING. 1

2

ENGLISH TING. 1

3

MATHS VOL 1 FORM 1

4

MATHS VOL 2 FORM 1

5

SCIENCE VOL 1 FORM 1

6

SCIENCE VOL 2 FORM 1

7

SCIENCE PRACTICAL FORM

8

GEOGRAFI TING. 1

9

SEJARAH TING. 1

10

PEND. ISLAM TING. 1

11

BAHASA ARAB TING. 1

12

KEM. HIDUP BERSEPADU TING. 1

13

PEND. SIVIK TING. 1

14

15

16

17

2. Saya memahami bahawa semua buku tersebut merupakan Hak Kerajaan Malaysia yang

dipinjamkan kepada saya dan saya tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

3. Dengan ini saya berjanji akan menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi peraturan-

peraturan SPBT iaitu:

3.1 Membalut buku teks dengan plastic lutsinar

3.2 Membawa buku teks ke sekolah

3.3 Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau merata-rata tempat

3.4 Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain

3.5 Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks

3.6 Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktu yang ditetapkan

3.7 Menulis nama di ruang yang disediakan

4. Sekiranya saya melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah

berhak mengambil tindakan atau meminta saya menggantikan buku yang rosak/hilang

tersebut termasuk mengambil semula semua buku teks yang ada pada saya.

5. Kegagalan saya mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil

apa-apa tindakan disiplin terhadap diri saya.

Yang benar, Disahkan oleh guru kelas,

…………………………….. ………………………….....

( ) ( )

Tarikh : …………………….. Tarikh : ……………………

Diakui oleh Ibu/Bapa/Penjaga:

…………………………….

( )

Tarikh : …………………….